Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki warga S’pura maut dalam kereta yang terbakar di Johor: Polis M’sia

Oct 24, 2023 | 7:46 PM
NAHAS MAUT: Seorang pemandu terbakar dan maut dalam kereta dalam satu kemalangan di Johor.
NAHAS MAUT: Seorang pemandu terbakar dan maut dalam kereta dalam satu kemalangan di Johor. - Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang.

Mayat seorang pemandu yang hangus ditemui pada Isnin pagi selepas sebuah kereta terbakar di lokasi bertentangan sebuah loji petrokimia di Taman Perindustrian Jalan Pekeliling di Johor, Malaysia.

Akhbar Shin Min Daily News melaporkan bahawa lelaki yang maut itu adalah warga Singapura berusia 62 tahun, menurut polis Johor.

Pusat Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada Isnin sekitar 11.15 pagi, lapor The Straits Times.

Pemangku ketua balai bomba Pasir Gudang, Encik Sarhan Akmal Mohamad, memberitahu akhbar Malaysia The Star bahawa seramai 10 anggota bomba dikerah ke tempat kejadian.

Kereta itu, dipercayai jenama Nissan Almera, telah merempuh sebatang pokok di tepi jalan raya atas sebab yang tidak diketahui sebelum terbakar.

Akibatnya, pemandu itu tersepit dan tidak sempat keluar dari keretanya. Mangsa turut terbakar hingga maut dalam kereta itu.

Setibanya di lokasi kejadian, pegawai dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor  mendapati mangsa sudah meninggal dunia.

Alat menyelamat digunakan untuk mengeluarkan mayat mangsa yang hangus dari kereta itu.

Siasatan berhubung kemalangan itu masih dijalankan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg