SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Lelaki yang berkata ingin melontar telur ke Shanmugam: Saya hanya bergurau

Lelaki yang berkata ingin melontar telur ke Shanmugam: Saya hanya bergurau

Mar 26, 2019 | 4:30 PM

Lelaki yang berkata ingin melontar telur ke Shanmugam: Saya hanya bergurau

ff9e5d95-7f89-4fed-a8be-551e26b0c450
-

Lelaki yang berkata beliau ingin melontar telur ke Menteri Ehwal Dalam Negeri Encik K. Shanmugam mendakwa beliau hanya bergurau sematamata.

Encik Edmund Zhong, 20 tahun, seorang anggota Perkhidmatan Negara (NS) memberitahu The Straits Times bahawa beliau tidak berniat buruk dan tidak berhasrat melaksanakan perbuatan itu.

"Saya menerbitkan hujah itu sebagai satu gurauan, berdasarkan berita tentang senator Australia," kata beliau, merujuk kepada senator Australia Encik Fraser Anning.

Encik Anning dikecam baru-baru ini kerana menyalahkan orang Muslim berhubung serangan pengganas kulit putih di Christchurch, New Zealand, yang meragut nyawa 50 jemaah masjid.

Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun telah melontar telur yang mengena kepala Encik Anning di satu acara awam pada 16 Mac.

Encik Zhong, merujuk kepada insiden itu, menerbitkan di Facebook Channel NewsAsia:

"Saya ingin berbuat demikian kepada K. Shanmugan. Saya bersumpah."

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg