Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki yang ditembak polis dek mengamuk dijel 33 bulan

Oct 27, 2022 | 5:30 AM
Kemalangan di KPE itu melibatkan lapan kereta dan sebuah van. - Foto FACEBOOK SINGAPORE ROAD ACCIDENTS
Kemalangan di KPE itu melibatkan lapan kereta dan sebuah van. - Foto FACEBOOK SINGAPORE ROAD ACCIDENTS -

SEORANG pesalah berulang yang ditembak oleh seorang pegawai polis di Clementi selepas mengamuk dihukum penjara dua tahun dan sembilan bulan semalam.

Soo Cheow Wee, 50 tahun, mengaku bersalah bulan lalu atas dua tuduhan ugutan jenayah.

Dia juga mengaku bersalah bagi tuduhan menyebabkan kecederaan secara sukarela kepada penjawat awam dan menggunakan pisau untuk menyerang seorang lelaki.

Sebelum dia mengamuk pada 17 Februari lalu, Soo, yang telah keluar masuk penjara kerana penyalahgunaan dadah dan kesalahan berkaitan keganasan, pergi ke Geylang di mana dia mengambil diazepam - digunakan untuk merawat gangguan keresahan - dan ubat batuk tanpa preskripsi.

Dia kemudian pergi ke flat ibunya di Clementi, menghubungi polis dan berkata: "Seseorang mahu membunuh saya dan ibu saya."

Soo meninggalkan unit itu dengan sebilah pisau dan mendakwa bahawa ada suara menyuruhnya mengelar orang yang lalu lalang.

Dia menyerang Encik Wong Wei Jie, 41 tahun, yang keluar bersiar-siar sekitar 8.40 malam dengan pisau itu.

Encik Wong berjaya melarikan diri dengan berlari ke arah pasar raya berhampiran.

Soo kemudian menahan teksi dan memberitahu pemandu, Encik Goh Wui Teck, 61 tahun, bahawa dia mahu pergi ke Divisyen Polis Clementi.

Mereka sedang menghampiri ibu pejabat polis apabila Soo membuka pintu penumpang belakang kiri dan cuba turun ketika teksi itu masih bergerak.

Encik Goh menghentikan kenderaan dan Soo terjatuh di atas jalan.

Apabila Encik Goh turun, Soo menyerangnya dan mengacukan pisau. Pemandu teksi itu berjaya melarikan diri.

Soo kemudian menghampiri pintu masuk Divisyen Polis Clementi dan mula menjerit-jerit.

Dia tiba-tiba menyerang seorang pegawai lelaki berusia 20 tahun yang nama dan pangkatnya tidak didedahkan dalam dokumen mahkamah.

Pegawai polis itu melepaskan tembakan ke arah Soo, yang jatuh ke tanah selepas peluru itu mengenai lengan kirinya.

Soo diberkas dan dibawa ke Hospital Universiti Nasional.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg