Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki yang jatuh beberapa tingkat di Ngee Ann City merupakan warga Amerika

Jul 16, 2019 | 4:05 PM
MENINGGAL DUNIA: Keluarga seorang lelaki warga Amerika yang meninggal dunia selepas jatuh beberapa tingkat di Ngee Ann City.
MENINGGAL DUNIA: Keluarga seorang lelaki warga Amerika yang meninggal dunia selepas jatuh beberapa tingkat di Ngee Ann City. - Foto LIANHE WANBAO

KEDUTAAN Amerika Syarikat di sini telah mengesahkan kematian seorang warga Amerika di sini.

Ini menyusuli pertanyaan akhbar The Straits Times berhubung lelaki yang meninggal dunia selepas jatuh beberapa tingkat di pusat beli-belah Ngee Ann City kelmarin (14 Julai).

Jurucakap kedutaan itu, Encik Cain Harrelson, berkata:

"Kami mengesahkan kematian seorang warga Amerika di Singapura.

"Apabila warga Amerika meninggal dunia di luar negara, jabatan ini menawarkan segala bantuan konsular yang sewajarnya kepada keluarganya."

Namun tambahnya, mereka tidak dapat mengulas lanjut bagi menghormati keluarganya.

Seorang lelaki berusia 35 tahun meninggal dunia selepas jatuh beberapa tingkat depan sebuah kedai di besmen dua pusat beli-belah itu.

Polis dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dimaklumkan tentang kejadian tersebut sekitar 2 petang.

Lelaki itu ditemui terbaring kaku dan dibawah ke Hospital Tan Tock Seng dalam keadaan tidak sedar. Beliau kemudian meninggal dunia di sana.

Polis sedang menyiasat kematian luar biasa itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg