SPH Logo mobile
Langgan|

Lelaki yang patahkan 3 tulang rusuk teman wanita dipenjara

Lelaki yang patahkan 3 tulang rusuk teman wanita dipenjara

Jul 16, 2019 | 9:08 AM

Lelaki yang patahkan 3 tulang rusuk teman wanita dipenjara

7e7333cf-0356-4036-9f77-c12b23f75b6f
- Ilustrasi foto: THE NEW PAPER

SEORANG lelaki yang menolak teman wanitanya sehingga jatuh ke lantai dan menendangnya semasa satu pertengkaran dijatuhi hukuman penjara lapan minggu semalam (15 Julai).

Perbuatan Andrew Tan itu menyebabkan tiga tulang rusuk teman wanitanya patah.

Hakim Daerah Mathew Joseph menyifatkan kelakuan Tan itu sebagai pengecut dan keji.

Tan telah bertekak dengan teman wanitanya, Cik Pong Ngee Han, tentang hubungan mereka di sebuah flat dekat Punggol Way pada 20 Mei tahun lalu.

Mahkamah diberitahu Tan menendang wanita itu di bahagian tulang rusuk selepas dia menolaknya hingga jatuh ke lantai.

"Walau apa pun sebab perselisihan itu, tiada sebab untuk menggunakan keganasan. Anda sepatutnya tahu hal ini," kata Encik Joseph.

Mahkamah diberitahu bahawa pasangan itu, yang kedua-duanya berusia 39 tahun, masih bersama.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg