Topik diikuti
Pergi ke BHkuLelaki yang salah guna lebih $1.7j wang bekas syarikat dipenjara 6 tahun
Lelaki yang salah guna lebih $1.7j wang bekas syarikat dipenjara 6 tahun
Lelaki yang salah guna lebih $1.7j wang bekas syarikat dipenjara 6 tahun
SEORANG lelaki yang bekerja sebagai pengurus perakaunan dan menyeleweng lebih daripada $1.7 juta daripada majikannya ketika itu telah dijatuhi hukuman penjara enam tahun pada Selasa (17 Mei).
Chow Pak Thong telah melakukan kesalahan itu dengan menggunakan cek yang telah ditandatangani dan mencipta baucar pembayaran yang dipalsukan untuk menyembunyikan perbuatannya.
Dia melakukan ini antara 2012 dan 2019 semasa bekerja bagi syarikat perkapalan maritim BSA Transportation.
Dia tidak lagi bekerja dengan syarikat yang disertainya pada 1992 itu.
Chow, kini 68 tahun, mengaku bersalah pada Mei tahun lalu atas empat tuduhan pecah amanah jenayah melibatkan lebih $1.1 juta.
Dia juga mengaku bersalah ke atas empat tuduhan pemalsuan akaun, lapor The Straits Times.
Sembilan tuduhan lain, termasuk satu tuduhan ugutan jenayah dan empat lagi tuduhan pecah amanah jenayah yang dikaitkan dengan baki jumlah, telah dipertimbangkan semasa menjatuhkan hukuman.
