Lembaga CPF perjelas bagaimana wanita yang sakit boleh akses simpanan
Premium
Lembaga CPF perjelas bagaimana wanita yang sakit boleh akses simpanan
Dec 21, 2019 | 5:30 AM
DISEMAK SEMULA: CPF berkata rayuan Cik Soo untuk mengeluarkan CPFnya atas sebab kesihatan akan disemak semula setelah doktornya dapat mengesahkan bahawa beliau memenuhi semua kriteria perubatan. - Foto ZAOBAO -
SEORANG ibu tunggal yang meminta untuk menggunakan simpanan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) atas sebab kesihatan boleh bermohon semula untuk membuat permohonan itu jika doktor mengesahkan beliau memenuhi kriteria perubatan, menurut Lembaga CPF.
Lembaga itu membuat penjelasan itu setelah satu laporan dalam laman sosiopolitik, The Online Citizen, menyatakan bahawa lembaga itu telah menolak permintaan wanita itu untuk mengeluarkan wangnya dari CPF bagi membenarkan beliau 'memilih rawatan atau menggunakan dana itu bagi pendidikan anaknya'.

