Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lembaga Warisan Nasional undang kolaborasi hasilkan produk inovatif dan moden

Jul 23, 2021 | 5:30 AM
BIMBINGAN PENGAMAL KRAF TRADISIONAL: Seramai empat pengamal kraf tradisional (dari kiri) Encik Raymond Wong, Cik Anita Tompang, Cik Vijaya Mohan dan Encik Jimm Wong akan mengambil bahagian dalam perintis NHB Craft X Design panggilan terbuka. - Foto LEMBAGA WARISAN NASIONAL
BIMBINGAN PENGAMAL KRAF TRADISIONAL: Seramai empat pengamal kraf tradisional (dari kiri) Encik Raymond Wong, Cik Anita Tompang, Cik Vijaya Mohan dan Encik Jimm Wong akan mengambil bahagian dalam perintis NHB Craft X Design panggilan terbuka. - Foto LEMBAGA WARISAN NASIONAL -

LEMBAGA Warisan Nasional (NHB) kini mengundang pereka tempatan dan studio reka bentuk untuk berkolaborasi bersama pengamal kraf tradisional tempatan untuk menghasilkan produk inovatif dan moden sambil meningkatkan kesedaran mengenai kraf tradisional Singapura yang kaya dan unik.

Panggilan terbuka Craft X Design yang baru dilancarkan ini adalah sebahagian daripada usaha NHB di bawah Pelan Warisan SG untuk meningkatkan kesedaran dan penghargaan masyarakat yang lebih besar mengenai warisan budaya Singapura yang tidak ketara.

Seramai empat pengamal kraf tradisional akan mengambil bahagian dalam perintis NHB Craft X Design panggilan terbuka yang termasuk Cik Anita Tompang yang menganyam ketupat; Encik Jimm Wong yang menghasilkan tanglung Cina; Cik Vijaya Mohan yang menghasilkan Rangoli dan juga Encik Raymond Wong yang merupakan pakar seni tradisional manik dan sulaman Peranakan.

Tempoh pemohonan Craft X Design sudah dibuka dan akan tamat pada 1 Oktober.

Pereka dengan cadangan yang disenarai pendek akan diundang untuk temu ramah.

Untuk maklumat lanjut mengenai panggilan terbuka NHB Craft X Design, lungsuri go.gov.sg/craftxdesign2021

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg