Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lencana Pertahanan Mutlak baru untuk sukarelawan masyarakat

Feb 6, 2021 | 3:01 PM
Para sukarelawan CERT yang menerima Lencana Pencapai Pertahanan Mutlak (Gangsa) yang disematkan di jaket mereka.
Para sukarelawan CERT yang menerima Lencana Pencapai Pertahanan Mutlak (Gangsa) yang disematkan di jaket mereka. - MINDEF

Satu Program Lencana Pencapai Pertahanan Mutlak baru telah dilancarkan secara maya hari ini (6 Februari) untuk sukarelawan dalam Pasukan Respons Kecemasan Masyarakat (CERT) bagi mempersiapkan mereka untuk melaksanakan Pertahanan Mutlak semasa krisis.

Program itu yang dimulakan oleh Nexus dan Divisyen Kesediaan Kecemasan Persatuan Rakyat (PA), direka untuk sukarelawan CERT di bawah Jawatankusa Kecemasan dan Penglibatan Masyarakat (C2E).

Sukarelawan ini dilatih untuk memberi respons terhadap kecemasan dan membantu masyarakat dalam proses pemulihan, menurut kenyataan Kementerian Pertahanan (Mindef).

Seramai 103 sukarelawan CERT yang terlatih dalam CPR, menerima Lencana Gangsa selepas menyelesaikan Bengkel Berjaga-jaga Masyarakat dan Bengkel Pertahanan Mutlak.

Lebih 2,000 ahli CERT aktif dijangka menjalani Program Lencana Pencapai Pertahanan Mutlak.

Selain program baru ini, orang awam boleh menjangkakan kegiatan Pertahanan Mutlak yang menarik, dianjurkan sekarang hingga bulan depan. Ini termasuk acara larian maya bertema Pertahanan Mutlak dan pameran khas.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg