Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lenovo tawar khidmat bersihkan komputer riba, peranti elektronik percuma

Sep 18, 2024 | 5:15 PM
Mereka yang ingin mendapatkan khidmat pembersihan komputer riba mereka secara percuma boleh singgah ke *SCAPE Studio 2 di tingkat empat dari 16 hingga 29 September. Mereka juga boleh mendermakan komputer riba untuk diperbaharui dan disumbangkan kepada golongan yang lebih memerlukan.
Mereka yang ingin mendapatkan khidmat pembersihan komputer riba mereka secara percuma boleh singgah ke *SCAPE Studio 2 di tingkat empat dari 16 hingga 29 September. Mereka juga boleh mendermakan komputer riba untuk diperbaharui dan disumbangkan kepada golongan yang lebih memerlukan. - Foto ITE

Mulai 16 hingga 27 September, orang awam boleh membawa komputer riba dan peranti elektronik mereka ke *SCAPE Studio 2, Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Timur dan TripleOne Somerset untuk pembersihan percuma.

Ia adalah sebahagian daripada kempen Laptop Care: Refresh & Reboot oleh Lenovo Singapura yang bertujuan mempromosikan kebersihan digital dan kemampanan dengan menawarkan perkhidmatan pembersihan komputer riba secara percuma kepada orang awam.

Kempen itu diadakan dengan kerjasama *SCAPE dan Institut Pendidikan Teknikal (ITE), sebagai sebahagian daripada acara tahunan Cinta pada Bulan Perkhidmatan (LMOS) ke-8 Lenovo Singapura.

Dalam satu kenyataan media syarikat elektronik itu, Pengurus Negeri Lenovo Singapura, Encik Nigel Lee, berkata:

“Kami teruja untuk mengumpulkan kakitangan kami, para pelajar dan masyarakat untuk satu tujuan yang menyumbang kepada matlamat kemampanan yang lebih besar.

“Melalui inisiatif ini, kami berharap dapat memberi inspirasi kepada lebih ramai orang untuk mengurangkan sisa elektronik, sambil menyediakan platform berharga bagi pelajar ITE kami untuk mengasah kemahiran teknikal mereka.”

Sambil itu, kempen tersebut merangkumi bengkel pembersihan komputer riba dan peranti elektronik untuk individu memperkasa diri mereka dalam memastikan alat elektronik mereka berada di tahap yang optimum.

Pelajar ITE akan bekerjasama dengan kakitangan Lenovo dalam membantu mengendalikan bengkel tersebut.

Mereka telah menamatkan kursus sijil selama 40 jam mengenai pengurusan elektronik yang mampan.

Menurut kenyataan itu lagi, mereka mempelajari, antara lain, cara menilai keadaan alat yang telah digunakan dan menentukan peranti mana yang sesuai untuk diperbaharui dan yang mana perlu dibuang untuk dijadikan alat ganti di tempat lain.

Dalam pada itu, orang awam juga boleh memilih untuk mendermakan komputer riba lama mereka kepada Lenovo untuk diperbaharui, dan semua komputer riba itu kemudiannya akan diberikan kepada mereka yang memerlukan.

Mereka boleh ke *SCAPE Studio 2, Tingkat Empat dari 16 hingga 22 September.

Kempen itu dibahagikan kepada dua sesi setiap hari, dari 11 pagi hingga 2 petang untuk sesi pertama, dan 4 petang hingga 7 malam untuk sesi kedua.

Selain itu, mereka boleh ke ITE Kolej Timur pada 23 September dari 11 pagi hingga 3 petang.

Mulai 24 hingga 27 September, orang ramai boleh ke TripleOne Somerset, #15-02, dari 11 pagi hingga 5 petang.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg