Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ler Teck Siang, doktor yang terlibat dalam kes bocor daftar HIV, di mahkamah bagi perbicaraan rayuan

Mar 11, 2019 | 4:00 PM
c9bc4431-a3a1-4e6f-b6f5-328c2dbaf1fb
-

Doktor yang terbabit dalam pembocoran daftar HIV Singapura, tampil di Mahkamah Tinggi pada Isnin (11 Mac) untuk menghadiri perbicaraan rayuan.

Ler Teck Siang, 37 tahun, sedang merayu keputusan mahkamah yang mendapatinya bersalah dan menjatuhkan hukuman penjara dua tahun ke atasnya kerana bersubahat dalam penipuan dan memberikan kenyataan palsu kepada pegawai perkhidmatan awam.

Ler telah menyerahkan contoh darahnya bagi menggantikan contoh darah kekasihnya Mikhy Farrera-Brochez - yang menghidapi HIV - dalam satu ujian perubatan.

Farrera-Brochez, seorang warga Amerika Syarikat, perlu lulus ujian itu untuk mendapat kebenaran bertugas di sini.

Farrera-Brochez, 33 tahun, baru-baru ini, membocorkan maklumat peribadi milik 14,200 penghidap HIV dan lagi 2,400 kenalan mereka.

Farrera-Brochez, minggu lalu, diperintah mahkamah Amerika supaya menyerahkan semua salinan maklumat sulit yang diperoleh daripada pemerintah Singapura.

Dia juga didakwa secara rasmi oleh juri besar di Kentucky, pada Khamis, berhubung dokumen yang dicuri dari Singapura, membuka laluan bagi kesnya dibicarakan.

Ler, yang didapati bersalah September lalu, berdepan dengan satu lagi tuduhan - menyalahguna maklumat di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) - semasa berkhidmat sebagai ketua Unit Kesihatan Awam Nasional.

Nama Ler masih berada di Daftar Pengamal Perubatan, tetapi dia tidak lagi layak berkhidmat sebagai doktor di sini.

Ler juga tidak diberi akses kepada maklumat sulit pesakit yang terkandung dalam Rekod Kesihatan Elektronik Nasional (NEHR). Rekod itu mempunyai maklumat peribadi semua pesakit yang pergi ke klinik atau hospital awam.

Difahami, Majlis Perubatan Singapura (SMC) tidak akan bertindak ke atas sebarang doktor selagi kes itu berada di mahmamah.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg