Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lesen MaNaDr Clinic dibatal, abai piawai etika

Dec 20, 2024 | 7:51 PM
Dengan pembatalan lesen MaNaDr Clinic oleh Kementerian Kesihatan (MOH), pada 20 Disember, mereka tidak lagi dapat menyediakan perkhidmatan perubatan pesakit luar di kliniknya di 371 Beach Road City Gate, premis sementara seperti kediaman pesakit, dan secara jarak jauh melalui telekonsultasi.
Dengan pembatalan lesen MaNaDr Clinic oleh Kementerian Kesihatan (MOH), pada 20 Disember, mereka tidak lagi dapat menyediakan perkhidmatan perubatan pesakit luar di kliniknya di 371 Beach Road City Gate, premis sementara seperti kediaman pesakit, dan secara jarak jauh melalui telekonsultasi. - Foto ST

Kementerian Kesihatan (MOH) telah membatalkan lesen MaNaDr Clinic pada 20 Disember.

Dengan pembatalan ini, MaNaDr Clinic tidak lagi dapat menyediakan perkhidmatan perubatan pesakit luar di kliniknya di 371 Beach Road City Gate, premis sementara seperti kediaman pesakit, dan secara jarak jauh melalui telekonsultasi.

“Setelah pertimbangan yang teliti terhadap perwakilan MaNaDr Clinic, dan berdasarkan penemuan daripada siasatan MOH, terdapat budaya yang kukuh dalam mengabaikan piawai etika serta klinikal yang berkenaan dalam organisasi ini,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

MOH turut menyatakan bahawa sebilangan besar kes yang dikendalikan oleh MaNaDr Clinic melibatkan telekonsultasi yang singkat.

Sebagai contoh, dalam sebulan, lebih daripada 100,000 telekonsultasi melibatkan panggilan video dengan pesakit yang berlangsung selama satu minit atau kurang, dengan yang paling singkat hanya satu saat.

“Amalan tidak sesuai yang kerap berlaku ini mencerminkan kelemahan dalam pengawasan, kawalan, dan tadbir urus secara dalaman yang diperlukan untuk memastikan perkhidmatan perubatan pesakit luar diberikan secara konsisten mengikut piawai dan etika yang wajar oleh semua doktor,” kata MOH.

Pada masa yang sama, semua akreditasi dan penyertaan skim kewangan MaNaDr Clinic yang berkaitan dengan MOH seperti Skim Bantuan Kesihatan Komuniti (Chas), MediSave, dan Healthier SG akan dihentikan.

Kementerian itu turut menyarankan MaNaDr Clinic untuk memaklumkan semua pesakitya yang terjejas bagi memastikan kesinambungan penjagaan, menurut laporan The Straits Times.

Golongan ini boleh mendapatkan rawatan di klinik Chas, MediSave, atau SG Lebih Sihat (Healthier SG) yang berhampiran.

Sebelum ini, MOH telah mengeluarkan notis kepada pengendali yang bermasalah itu pada 24 Oktober bahawa kementerian berhasrat untuk membatalkan lesen yang diberikan kepada MaNaDr Clinic di bawah Akta Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan 2020.

MaNaDr Clinic diberi peluang untuk mengemukakan perwakilan selepas notis tersebut.

MOH akhirnya menegaskan bahawa ia akan terus memantau penyedia berlesen perkhidmatan perubatan pesakit luar yang menyediakan perkhidmatan telekonsultasi untuk memastikan ia dilakukan mengikut keperluan, dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan kawal selia sekiranya terdapat ketidakpatuhan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg