Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Letupan di Beirut: S'pura ucap takziah

Aug 5, 2020 | 6:11 PM
KEROSAKAN BESAR: Pandangan udara menunjukkan kerosakan besar di sekitar kawasan pelabuhan di Beirut yang terjejas akibat letupan kuat.
KEROSAKAN BESAR: Pandangan udara menunjukkan kerosakan besar di sekitar kawasan pelabuhan di Beirut yang terjejas akibat letupan kuat. - - Foto AFP

PEMERINTAH Singapura mengucapkan takziah di atas kejadian letupan besar di Beirut, Lubnan, yang meragut nyawa lebih 100 mangsa dan mencederakan ribuan yang lain.

Menerusi kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA) hari ini (5 Ogos), pemerintah Singapura turut menyampaikan takziah kepada keluarga mangsa serta rakyat Lubnan dalam mengharungi masa sukar ini.

MFA juga mengesahkan warga Singapura di sana yang mendaftar secara elektronik, atau e-daftar bersama kementerian itu, berada dalam keadaan selamat. Tiada laporan warga Singapura terjejas dengan letupan yang berlaku pagi tadi.

Warga Singapura yang perlu mendapatkan bantuan konsular boleh menghubungi pejabat bertugas MFA di talian +6563798800/+6563798855 atau emel kepada mfa_duty_office@mfa.gov.sg. Talian dibuka 24 jam sehari.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg