Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Letupan di Loji Pembakaran Tuas: 3 pekerja terjejas warga S'pura yang kendali kerja senggara elektrikal

Sep 23, 2021 | 9:49 PM
Foto BH oleh NG SOR LUAN
Foto BH oleh NG SOR LUAN -

TIGA pekerja yang terlibat dalam kemalangan di Loji Pembakaran Tuas pada tengah hari Khamis (23 September) merupakan warga Singapura yang sedang menjalankan kerja penyenggaraan elektrikal di dalam bilik elektrikal tatkala letupan berlaku.

Seorang daripadanya meninggal dunia manakala dua yang lain cedera teruk.

Loji tersebut merupakan kendalian Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).

Ini disahkankan Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu, dalam catatan Facebooknya pada Khamis malam.

"Letupan itu tertumpu di dalam bilik elektrikal itu dan tidak merebak ke bahagian lain premis tersebut.

"Saya amat sedih dengan kejadian ini dan ingin menyampaikan ucapan takziah buat keluarga mangsa. Kami akan menyiasat penyebab kejadian tragik ini bagi mengelak sebarang kejadian serupa," tulis Cik Fu.

Loji Tuas ini adalah salah satu daripada dua loji pembakaran sampah di Singapura. Ia dibina dengan anggaran kos $200 juta dan berdiri di tapak tanah yang ditebus guna seluas 6.3 hektar. Ia berupaya membakar 1,400 tan sampah dengan lima unit pembakarnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg