Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Letusan Gunung Semeru: Warga S'pura dinasihat tunda perjalanan ke kawasan terjejas

Dec 7, 2022 | 5:30 AM
TINGGALKAN KEDIAMAN: Lebih 2,400 penduduk kampung telah meninggalkan kediaman mereka dan berlindung di 11 pusat pemindahan selepas Gunung Semeru di pulau Jawa meletus awal pagi pada 4 Disember lalu - Foto EPA-EFE
TINGGALKAN KEDIAMAN: Lebih 2,400 penduduk kampung telah meninggalkan kediaman mereka dan berlindung di 11 pusat pemindahan selepas Gunung Semeru di pulau Jawa meletus awal pagi pada 4 Disember lalu - Foto EPA-EFE -

KEMENTERIAN Ehwal Luar (MFA) menasihatkan warga Singapura agar menunda perjalanan tidak penting ke kawasan terjejas di Indonesia selepas Gunung Semeru meletus Ahad lalu.

Warga Singapura di Lumajang dan Malang juga dinasihatkan agar memantau perkembangan dengan teliti dan mengelakkan Gunung Semeru serta kawasannya, kata MFA dalam kenyataannya semalam.

"Pada 4 Disember 2022, berikutan letusan Gunung Semeru di Jawa Timur, pihak berkuasa Indonesia telah menaikkan tahap amaran untuk Gunung Semeru ke Tahap 4 (Awas). Pusat Mitigasi Bencana Volkanologi dan Geologi (PVMBG) telah memberi amaran kepada penduduk supaya berada lapan kilometer dari kawah dan tidak melakukan apa-apa kegiatan dari kawasan tenggara Gunung Semeru sepanjang sungai Besuk Kobokan, hingga 17 kilometer dari kawah, dan 500 meter dari mana-mana tebing sungai Besuk Kobokan," kata MFA.

MFA berkata warga Singapura harus mengambil langkah berjaga-jaga yang diperlukan untuk keselamatan diri mereka dan segera mendaftar secara dalam talian dengan MFA di laman register.mfa.gov.sg jika mereka belum melakukannya.

Mereka yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Singapura di Jakarta di talian +62 (21)-2995-0400 atau +62 811-863-348 atau Pejabat Bertugas MFA di talian +65 6379-8800/8855.

Agensi berita AFP kelmarin melaporkan pasukan penyelamat memindahkan lebih ramai orang dari kampung berhampiran selepas letusan Gunung Semeru, dengan pegawai memberi amaran bahaya daripada lahar sejuk walaupun kurang aktiviti dari gunung berapi itu.

Lebih 2,400 penduduk kampung kini telah meninggalkan kediaman mereka dan berlindung di 11 pusat pemindahan selepas gunung tertinggi di pulau Jawa itu meletus awal pagi Ahad lalu.

"Tentera, polis, pegawai kampung dan bencana tempatan memindahkan orang ramai di Curah Kobokan di asap abu panas dan lahar sejuk mungkin bergerak," kata jurucakap agensi pengurangan bencana Indonesia, Encik Abdul Muhari, kepada saluran televisyen tempatan.

Pegawai telah mengumumkan keadaan kecemasan untuk dua minggu akan datang dan pihak berkuasa telah mengedarkan pelitup percuma untuk melindungi daripada abu di udara sambil menyediakan dapur awam untuk mangsa yang dipindahkan.

Sementara itu, Reuters melaporkan satu gempa bumi sekuat 6.2 pada skala Richter menggegarkan pulau Bali dan Jawa semalam.

Agensi geofizik Indonesia berkata gempa bumi itu dijangka tidak mencetuskan tsunami.

Pihak berkuasa tempatan sedang memeriksa sebarang kerosakan yang disebabkan oleh gegaran itu, yang dilaporkan kuat di wilayah Jawa Timur dan Bali, oleh penduduk di media sosial.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg