Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lewat di Laluan Circle pagi Selasa dek kerosakan landasan

Sep 20, 2016 | 9:30 AM
Kesesakan di stesen Bishan di Laluan Circle pada kira-kira 8.30 pagi Selasa (20 Sep), disebabkan kelewatan akibat kerosakan landasan.
Kesesakan di stesen Bishan di Laluan Circle pada kira-kira 8.30 pagi Selasa (20 Sep), disebabkan kelewatan akibat kerosakan landasan. - GAMBAR THE STRAITS TIMES

PENUMPANG menghadapi kelewatan di Laluan Circle pada pagi Selasa (20 Sept) disebabkan kerosakan landasan.

Pengendali SMRT menulis satu tweet pada 6.57 pagi, untuk memberitahu mengenai anggaran masa tambahan lima minit bagi perjalanan dari stesen Paya Lebar ke stesen MacPherson arah ke HarbourFront.

Ia berkata pada 7.06 pagi bahawa kerosakan itu telah diperbaiki dan perkhidmatan kereta api beroperasi seperti biasa.

Tetapi hampir 10 minit kemudian, maklumat yang dikemas kini berkata masa tambahan lima mini bagi perjalanan dari Dhoby Ghaut ke stesen MacPherson harus dijangka.

Ini kemudian ditambah kepada 10 minit dalam tweet pada 7.34 pagi, dan 15 minit sejam kemudian.

Perkhidmatan bas biasa percuma antara Paya Lebar dan Bishan juga disediakan, menurut SMRT.

Kakitangan SMRT di stesen Bishan juga didengar mencadangkan kepada penumpang supaya mengambil laluan MRT lain, seperti Laluan Utara-Selatan, untuk pergi ke Dhoby Ghaut.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg