Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

LGBTQ sambut baik pemansuhan

Aug 23, 2022 | 5:30 AM
DISERANG: Pegawai keselamatan, Encik Afinde, diserang di bahagian kepala dan belakang di dalam lif sebuah kondominium di kawasan barat pulau ini. - FACEBOOK KESATUAN PEKERJA KESELAMATAN
DISERANG: Pegawai keselamatan, Encik Afinde, diserang di bahagian kepala dan belakang di dalam lif sebuah kondominium di kawasan barat pulau ini. - FACEBOOK KESATUAN PEKERJA KESELAMATAN -

KUMPULAN lesbian, gay, biseksual, transgender dan queer (LGBTQ) dalam masyarakat telah menyuarakan rasa lega kerana undang-undang yang menyifatkan seks sesama lelaki sebagai satu jenayah akan dimansuhkan.

Mereka juga berkata ia adalah satu kenyataan kuat diskriminasi yang disokong pemerintah tiada tempat di Singapura.

Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, dalam ucapannya di Rapat Hari Kebangsaan, kelmarin, mengumumkan pemansuhan Seksyen 377A dari Kanun Jenayah.

Namun beliau juga berkata Perlembagaan akan dipinda untuk melindungi definisi perkahwinan - sebagai antara seorang lelaki dan seorang perempuan - daripada ditentang di mahkamah.

Kumpulan agama, seperti Majlis Gereja-Gereja Nasional Singapura (NCCS) berkata mereka menghargai jaminan yang diberikan pemerintah untuk melindungi institusi perkahwinan, tetapi berkata ia prihatin pemansuhan itu boleh membuka jalan bagi advokasi supaya ikatan sivil pasangan sejantina dibenarkan.

Roman Catholic Archdiocese of Singapore pula menggesa pemerintah memahat takrif perkahwinan dalam Perlembagaan sebelum memansuhkan Seksyen 377A, kerana tanpa takrif sedemikian, asas masyarakat yang dibina dari keluarga dan perkahwinan holistik akan diperlemahkan, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Perhubungan Biskap Besar.

Bagi kumpulan LGBTQ dalam masyarakat, sebarang tindakan pemerintah untuk memperkenal undang-undang baru atau pindaan Perlembagaan yang memberi isyarat mereka akan warga yang tidak setara adalah mengecewakan.

Keputusan sedemikian melemahkan sifat sekular Perlembagaan, memahat diskriminasi dalam undang-undang agung dan mengikat tangan parlimen pada masa depan, kata 22 kumpulan, termasuk Pink Dot SG, Oogachaga dan Action for Aids Singapore, dalam satu kenyataan bersama.

"Pemansuhan Seksyen 377A adalah langkah pertama dalam laluan panjang ke arah mencapai kesaksamaan penuh bagi orang LGBTQ di Singapura," kata mereka, yang menambah keutamaan segera mereka adalah untuk menangani diskriminasi di rumah, di sekolah-sekolah, tempat-tempat kerja, dan dalam sistem perumahan dan jagaan kesihatan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg