Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lianhe Zaobao teroka kerjasama pendigitalan yang didayakan AI bersama SenseTime

Oct 31, 2022 | 9:10 PM
abfebba4-ec17-46b2-8f6b-1591411042e5
- Lianhe Zaobao

Lianhe Zaobao (ZB), akhbar utama berbahasa Cina SPH Media dan syarikat SenseTime International (SenseTime) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) pada Isnin (31 Okt) untuk meneroka kerjasama dalam bidang pendigitalan. MOU itu ditandatangani antara Cik Loh Woon Yen, Pengarang Urusan, Kumpulan Media Cina, Media SPH; dengan Cik Lien Hui Luen, Pengarah Perkongsian Strategik, SenseTime International, serta disaksikan Cik Lee Huay Leng, Ketua Editor, Kumpulan Media Cina, Media SPH; dan Dr. Xu Li, Pengerusi Eksekutif Lembaga dan Ketua Pegawai Eksekutif SenseTime. MOU itu akan membolehkan ZB memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI) SenseTime untuk meningkatkan kandungan visualnya dan menyediakan pengalaman membaca lebih menarik bagi pembacanya. Kerjasama lain dalam MOU selama setahun itu termasuk mengoptimumkan penghasilan kandungan visual akhbar harian tersebut, meningkatkan usaha penglibatan pembaca edisi dalam talian dan cetaknya, serta menganjurkan aktiviti perkongsian pengetahuan berkaitan AI untuk pengguna dan rakan kongsi ZB.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg