Lim Tean akan dihadapkan ke mahkamah atas pecah amanah jenayah, intai haram

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lim Tean akan dihadapkan ke mahkamah atas pecah amanah jenayah, intai haram

May 10, 2022 | 3:55 PM

Lim Tean akan dihadapkan ke mahkamah atas pecah amanah jenayah, intai haram

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Lim Tean akan dihadapkan ke mahkamah pada Khamis (12 Mei). - Foto fail
Lim Tean akan dihadapkan ke mahkamah pada Khamis (12 Mei). - Foto fail -

PEGUAM dan ahli politik pembangkang, Lim Tean, akan dihadapkan ke mahkamah pada Khamis (12 Mei) atas tuduhan pecah amanah jenayah, mengintai secara haram dan bertindak sebagai peguam bela atau peguam cara tanpa sijil amalan yang sah.

Dia didakwa telah menyalahgunakan $30,000 yang diberikan kepada bekas kliennya sebagai penyelesaian berhubung saman sivil kecederaan motor dan diamanahkan kepadanya pada November 2019, kata polis dalam satu kenyataan pada Selasa (10 Mei).

Pertuduhan mengintai yang menyalahi undang-undang berkaitan dengan dakwaan gangguannya terhadap bekas pekerjanya pada 2020, semasa dia bekerja di firma guamannya, Carson Law Chambers.

Dia juga dituduh bertindak sebagai peguam bela atau peguam cara tanpa sijil amalan yang sah sebanyak 66 kali antara 1 April dengan 9 Jun tahun lalu.

Polis menambah bahawa mereka juga sedang menyiasat Lim bagi perkara lain.

Jika bersalah melakukan pecah amanah jenayah, Lim boleh dihukum penjara seumur hidup atau penjara sehingga 20 tahun dan denda.

Dia juga boleh dipenjara sehingga setahun, atau didenda sehingga $5,000, atau kedua-duanya sekali jika didapati bersalah mengintai yang menyalahi undang-undang.

Atas kesalahan bertindak sebagai peguam bela atau peguam cara tanpa sijil amalan yang sah, Lim boleh dipenjara sehingga enam bulan, didenda sehingga $25,000, atau kedua-duanya sekali. - The Straits Times

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg