Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lima individu dijangkiti Covid-19 di majlis tabligh di KL pergi ke 10 masjid selepas kembali ke S'pura, kata Muis

Mar 15, 2020 | 12:20 PM
PERHIMPUNAN: Pihak berkuasa Malaysia kini berusaha mengesan lebih 5,000 peserta Malaysia yang menyertai perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling pada 27 Februari hingga 1 Mac lalu. Acara itu turut dihadiri 95 jemaah Singapura.
PERHIMPUNAN: Pihak berkuasa Malaysia kini berusaha mengesan lebih 5,000 peserta Malaysia yang menyertai perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling pada 27 Februari hingga 1 Mac lalu. Acara itu turut dihadiri 95 jemaah Singapura. - - Foto FACEBOOK

LIMA individu yang disahkan dijangkiti Covid-19 semasa menghadiri perhimpunan agama di Kuala Lumpur baru-baru ini telah mengunjungi 10 masjid di Singapura sekembalinya ke Singapura, kata Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).

Dalam kenyataannya pada Ahad (15 Mac), Muis berkata siasatan yang dijalankan Kementerian Kesihatan (MOH) menunjukkan individu yang diuji positif Covid-19 telah melawati 10 masjid dalam tempoh mereka boleh menjangkiti orang lain.

"Jemaah yang pergi ke masjid-masjid itu semasa tempoh tertentu mugkin terdedah kepada kes Covid-19, kata Muis.

Menurut Muis, jemaah yang terjejas dinasihatkan supaya memantau kesihatan mereka selama dua minggu selepas kunjungan terakhir ke masjid dan berjumpa doktor jika mempunyai sebarang simptom demam atau penyakit pernafasan (batuk-batuk, sakit tekak, selesema atau sesak nafas)

Mereka harus memakai pelitup dan menelefon klinik sebelum pergi ke sana dan memberitahu doktor tentang penglibatan mereka dengan kegiatan yang berkait dengan kes Covid-19.

Masjid-masjid yang terjejas adalah:

Masjid Al Iman di Bukit Panjang, pada 5 Mac (8-9 pagi) dan 6 Mac (6-7.30 pagi)

Masjid Al-Muttaqin di Ang Mo Kio, pada 6 Mac (1 tengah hari dengan 2 petang) dan (4-6 petang)

Masjid Hajjah Fatimah di Beach Road, pada 6 Mac (9.30 pagi - 12 tengah malam)

Masjid Hajah Rahimabi Kebun Limau di Kim Keat Road, 4 Mac (5.45 pagi - 6.45 pagi), 5 Mac (5.45 pagi - 6.45 pagi), 6 Mac (1 tengah hari - 2 petang); 7 Mac (5.30 petang - 9 malam)

Masjid Kassim di Changi Road, pada 7 Mac (5.30 petang - 9 malam)

Masjid Petempatan Melayu Sembawang di Jalan Mempurong, 4-11 Mac (8-10 malam)

Masjid Sultan di Muscat Street, pada 9 Mac (11 pagi - 4 petang)

Masjid Al-Mawaddah di Compassvale Bow, pada 3-5 Mac (7 malam - 7.30 malam), 6 Mac (1.30 tengah hari - 2 petang dan 7 malam - 7.30 malam); 7-9 Mac (7malam -7.30 malam); 10 Mac (4 petang - 8 malam)

Masjid Jamae (Chulia) di South Bridge Road, pada 9 Mac (7 malam - 10 malam)

Masjid Al-Istiqamah di Serangoon North, pada 11 Mac (6.45 petang - 10 malam)

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg