Topik diikuti
Pergi ke BHkuLima pokok kegemaran Encik Lee hiasi Tampines

ACARA MENANAM POKOK DI TAMPINES: Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli (berbaju putih) menanam pokok tembusu, salah satu pokok kegemaran mendiang Perdana Menteri Pengasas, Encik Lee Kuan Yew, bersama penduduk-penduduk Tampines di acara Menanam Pokok Beramai-Ramai Tampines semalam. - Foto TAUFIK A. KADER
Oct 26, 2015 | 5:30 AM
Lima pokok kegemaran Encik Lee hiasi Tampines
LIMA pokok kegemaran mendiang Perdana Menteri Pengasas, Encik Lee Kuan Yew, akan mengindahkan lagi persekitaran hijau di kawasan Tampines, meneruskan legasinya menjadikan Singapura satu kota taman.
Semalam, lebih 200 penduduk menyertai acara Menanam Pokok Beramai-ramai Tampines, termasuk lima jenis pokok kegemaran Encik Lee, di Taman Tampines Green.