Topik diikuti
Pergi ke BHkuLima 'wira' terima anugerah SCDF kerana selamatkan dua budak dalam kebakaran di Marsiling
Lima 'wira' terima anugerah SCDF kerana selamatkan dua budak dalam kebakaran di Marsiling
Lima 'wira' terima anugerah SCDF kerana selamatkan dua budak dalam kebakaran di Marsiling

SELAMA enam tahun ketika menjalankan tugas sebagai pegawai bomba, Encik Muhammad Firdaus Aziz, sudah biasa memasuki bangunan terbakar bagi menyelamatkan orang lain.
Namun pada Khamis (30 Jun), beliau menerima anugerah pertamanya kerana membantu menyelamatkan dua kanak-kanak, tujuh tahun selepas beliau meninggalkan tugas di Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) pada 2015.
"Saya gembira...Ini kali pertama saya menerima anugerah (kerana memberi respons membantu dalam kebakaran)," kata Encik Muhammad Firdaus, 35 tahun, yang kini pengawal keselamatan.
Beliau berkata gerak hati yang membuatkannya langsung bergegas menuju ke kawasan yang terbakar itu sambil menambah pemimpinnya di SCDF telah melatihnya dengan baik.
Jirannya, Encik Ng, 26 tahun, kembali ke tempat itu selepas memindahkan keluarganya untuk menyelamatkan mereka. Isterinya memberitahu beliau terdengar suara anak-anak jirannya di dalam unit flat yang kebakaran itu.
Melihat dua pegawai polis, beliau segera memberitahu mereka mengenai kebakaran itu.
Sarjan Fadilah dan pegawai polis Franco merupakan pegawai Pasukan Respons Di Lokasi daripada Pusat Polis Kejiranan (NPC) Woodlands West.
"Mungkin sifat keibuan dalam diri saya yang membuatkan saya langsung bergegas," kata Sarjan Fadilah, 34 tahun, yang mempunyai dua anak, dengan yang bongsu berusia tiga tahun - sebaya dengan budak yang diselamatkan.
"Keupayaan menyelamatkan nyawa seseorang bukan sesuatu perkara yang berlaku setiap hari," kata Franco, 24 tahun, anggota perkhidmatan negara sepenuh masa yang menyertai NPC Woodlands West, beberapa bulan lalu.
Penerima anugerah kelima, Cik Annaboorani, 55 tahun, seorang guru prasekolah, juga memujuk kanak-kanak yang ketakutan itu agar memakai pelitup oksigen yang diberikan kepada mereka.
Beliau juga membantu memastikan anak bongsu dalam dua beradik itu tidak pengsan.
"Apabila saya turun ke bawah, saya sendiri keresahan...(tetapi) apabila saya terlihat kanak-kanak itu, saya langsung rasa kasihan," katanya.
Kolonel Goh Boon Han, komander divisyen SCDF Keempat, yang menyampaikan anugerah itu kepada lima penerima berkenaan berkata, biasanya ia mengambil masa sekitar lapan minit bagi pihak SCDF untuk sampai ke tempat kejadian.
Justeru, respons awal masyarakat sangat penting.
"Tindakan wira-wira ini yang menerima anugerah mereka petang ini membawa perbezaan kepada situasi antara hidup dengan mati," katanya.
Menekankan bagaimana setiap orang memainkan peranan penting, Cik Annaboorani berkata:
"Jika pegawai polis, Firdaus atau Sebastian lambat, kami mungkin tidak tahu bagaimana keadaan kanak-kanak di dalam...Mereka cukup bertuah."
