Lindungi diri anda dan orang-orang tersayang
Vaksin COVID-19 sesuai untuk mereka yang mengalami:
• Penyakit kronik seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi dan kencing manis • Tindak balas alahan yang tidak teruk terhadap ubat-ubatan, makanan atau gigitan serangga • Ekzema atau penyakit lelah • Kekurangan enzim G6PD • Sedang mengambil ubat-ubatan TCM • Sedang menjalani dialisis ginjal • Sedang mengambil ubat-ubatan pencair darah secara tetap atau mengalami gangguan perdarahan atau antikoagulasi yang masih terkawal
Dapatkan suntikan vaksin agar anda dapat melindungi mereka yang tidak dapat mengambilnya, contohnya mereka yang
• Berusia bawah 16 tahun • Sedang hamil • Mengalami sistem daya tahan tubuh yang amat lemah, contohnya, disebabkan pemindahan organ baru-baru ini atau sedang menjalani rawatan barah • Mempunyai sejarah tindak balas alahan yang mengancam nyawa
Jika anda kurang pasti tentang keadaan kesihatan anda, dapatkan nasihat doktor anda sebelum mendaftar bagi menjalani vaksinasi.
Untuk maklumat lanjut, lungsuri lelaman vaccine.gov.sg atau hubungi talian 1800-333-9999

