ORANG ramai dan syarikat yang tidak dapat memenuhi kewajipan kontrak mereka akibat penularan Covid-19 sekarang ini boleh mendapat sedikit ruang bernafas tidak lama lagi apabila satu rang undang-undang yang akan dibentangkan di Parlimen minggu depan diluluskan.

Menurut kenyataan Kementerian Undang-Undang (MinLaw) semalam, Rang Undang-Undang Covid-19 (Langkah-Langkah Sementara) itu mengusulkan langkah perlindungan bagi mereka.