Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lindungi pekerja jagaan kesihatan dari gangguan di tempat kerja

Dapatan Kumpulan Kerja Tiga Pihak bertujuan pupuk budaya rasa selamat semasa bekerja
Mar 18, 2023 | 5:30 AM
ENCIK ONG: Pekerja penjagaan kesihatan wajar dilayan dengan hormat. - Foto ST
ENCIK ONG: Pekerja penjagaan kesihatan wajar dilayan dengan hormat. - Foto ST -

SATU piawai dasar toleransi sifar terhadap penderaan dan gangguan ke atas pekerja penjagaan kesihatan dalam apa jua bentuk meliputi institusi kesihatan dalam sektor awam, privet dan jagaan masyarakat, dibentangkan sebuah kumpulan tiga pihak pada Jumaat.

Ini termasuk melindungi pekerja penjagaan kesihatan yang menghadapi penderaan dan gangguan, mencegah situasi yang menyebabkan penderaan dan gangguan, serta menggalak hubungan positif antara pekerja penjagaan kesihatan dengan pesakit atau pemberi jagaan.

Dapatan yang diperoleh Kumpulan Kerja Tiga Pihak bagi Pencegahan Penderaan dan Gangguan ke atas Pekerja Penjagaan Kesihatan, menunjukkan lebih dua daripada tiga pekerja penjagaan kesihatan telah menyaksikan atau alami sendiri penderaan atau gangguan sepanjang setahun lalu.

Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, berkata akan terdapat sekumpulan kecil orang awam yang bersikap kurang elok terhadap pekerja penjagaan kesihatan.

"Mereka akan meminta pekerja penjagaan kesihatan lakukan perkara yang tidak munasabah, mengancam atau melemparkan kata-kata diskriminasi terhadap mereka," katanya.

Encik Ong berkata demikian semasa berucap di Sesi Melibatkan Kakitangan dalam Menyokong Pekerja Penjagaan Kesihatan Kementerian Kesihatan (MOH) - Kumpulan Penjagaan Kesihatan Nasional (NHG) di Pusat Inovasi Penjagaan Kesihatan Ng Teng Fong, pada Jumaat.

Kumpulan Kerja Tiga Pihak bagi Pencegahan Penderaan dan Gangguan ke atas Pekerja Penjagaan Kesihatan telah ditubuhkan pada April 2022.

"Arahan saya kepada kumpulan kerja itu mudah - di mana ada masalah dengan penderaan dan gangguan, kita perlu bersedia untuk menentangnya," jelas Encik Ong.

Sebagai memberikan respons, kumpulan kerja itu menyarankan untuk melindungi pekerja penjagaan kesihatan yang berhadapan dengan penderaan dan gangguan dan membangunkan budaya menyokong di mana mereka rasa selamat di tempat kerja selain yakin melaporkan penderaan dan gangguan.

Kumpulan kerja itu juga menyarankan agar institusi terlibat melatih kakitangan mereka untuk mencegah potensi situasi penderaan.

Ini dilakukan dengan melengkapkan mereka dengan kemahiran dan pengetahuan untuk menangani dan meredakan situasi mencabar.

Semasa separuh kedua 2023, MOH Holdings akan melancarkan saru kempen pendidikan awam nasional, bagi menggalak hubungan positif tentang kepercayaan dan hormat antara pekerja penjagaan kesihatan, pesakit serta penjaga mereka.

Matlamat kempen tersebut adalah untuk menyesuaikan jangkaan peranan pekerja penjagaan kesihatan, dan menggalak rasa hormat terhadap pekerja penjagaan kesihatan.

Dalam beberapa bulan mendatang, MOH juga akan bekerjasama dengan institusi penjagaan kesihatan awam tentang butiran saranan kumpulan kerja itu, untuk diamalkan secara umum, kata Encik Ong.

"Pekerja penjagaan kesihatan wajar dilayan dengan hormat, seperti orang lain. Kami berterima kasih kepada yang telah menyebelahi mereka selain melahirkan penghargaan serta pemahaman," tambah Encik Ong.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg