Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Little India bermandi cahaya menjelang Deepavali

Sep 23, 2018 | 7:07 PM
LAMPU DEEPAVALI: Puan Halimah dan suami, Encik Mohamed Abdullah Alhabshee, menyertai hadirin lain melancarkan penyalaaan lampu Deepavali di Little India pada 22 September 2018.
LAMPU DEEPAVALI: Puan Halimah dan suami, Encik Mohamed Abdullah Alhabshee, menyertai hadirin lain melancarkan penyalaaan lampu Deepavali di Little India pada 22 September 2018. - Foto FACEBOOK/HALIMAH YACOB

SEPERTI tahun-tahun sebelum ini, kawasan Little India diserikan dengan lampu dan hiasan berwarna-warni menjelang Deepavali yang jatuh pada 6 November tahun ini.

Presiden Halimah Yacob telah menghadiri pelancaran penyalaan lampu Deepavali itu malam tadi (22 September).

Serangoon Road dan Race Course Road akan bermandi cahaya dengan sekitar dua juta bal lampu pelbagai warna sehingga 25 November.

Menerusi laman Facebook beliau, Puan Halimah menggalak orang ramai berkunjung ke Little India untuk menikmati suasana meriah di sana serta ketahui lebih lanjut tentang warisan dan budaya masyarakat India.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg