Topik diikuti
Pergi ke BHkuLoji AirBaru di Changi siap dibina
Projek hasil usaha sama PUB, firma tempatan dan MNC China
AIRBARU BAGI PENUHI PERMINTAAN: Encik Masagos Zulkifli (di tengah-tengah) melancarkan loji AirBaru kelima di Changi East Close semalam iaitu yang kedua di Changi dan yang pertama dibangun oleh syarikat asing dan setempat. Ia melibatkan agensi air negara PUB, BEWG International Pte Ltd (BEWGI) iaitu anak syarikat Beijing Enterprises Water Group Limited (BEWG) dan UES Holdings Pte Ltd (UESH). - Foto BEWGI-UE NEWATER (S) PTE LTD
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Jan 19, 2017 | 5:30 AM
LOJI AirBaru kelima Singapura yang bakal memenuhi 10 peratus lagi permintaan air di negara ini dirasmi semalam. Dibina di atas Loji Penambakan Air Changi dan merupakan loji kedua di Changi, ia mempunyai kapasiti 50 juta gelen air sehari.
Bersama empat loji lain di Bedok, Kranji, Ulu Pandan and Changi, ia akan menambah kapasiti AirBaru daripada 30 peratus kepada 40 peratus permintaan air di negara ini setiap hari.
