Premium
Loji janakuasa bawah tanah terbesar negara siap 2025
May 31, 2018 | 5:30 AM
MELIHAT PAMERAN: Menteri Pembangunan Negara merangkap Menteri Kedua Kewangan, Encik Lawrence Wong (tengah) mendengar taklimat yang diberikan Timbalan Pengarah Kumpulan Laluan Thomson-East Coast dan Rentas Pulau, Encik Henry Foo (kanan) semasa kunjungan ke pameran terkini yang diadakan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA), 'Bawah Tanah: Pembangunan Singapura Selanjutnya' di URA Centre semalam. - Foto BH oleh KUA CHEE SIONG -
SEBUAH loji janakuasa bawah tanah terbesar di negara ini akan dibina dan dijangka siap 2025.
Janakuasa seluas tiga hektar atau sekitar empat padang bola sepak itu diumumkan oleh Menteri Pembangunan Negara Lawrence Wong semalam.

