SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Saksikan pertunjukan bunga api sambut tahun baru di kejiranan

Saksikan pertunjukan bunga api sambut tahun baru di kejiranan

Dec 31, 2020 | 5:30 AM

Saksikan pertunjukan bunga api sambut tahun baru di kejiranan

SETIAP tahun semasa menyambut tahun baru, Cik Rokiah Supardi, 58 tahun, dan keluarganya tidak melepaskan peluang berada di kawasan Marina Bay.

Ibu empat anak itu memang gemar melihat pertunjukan bunga api di situ dan akan mengambil setiap kesempatan menyaksikannya.

Namun, beliau agak terkilan apabila mendapat tahu bahawa tiada pertunjukkan bunga api di Marina Bay bagi menyambut ketibaan tahun baru.

Bagaimanapun, beliau tidak akan menjadikannya sebab untuk tidak merai bagi menyambut 2021.

Malam ini, beliau merancang melihat pertunjukan bunga api bersama rakan-rakannya di Bishan.

Bishan merupakan antara 11 estet perumahan di serata Singapura yang akan mengadakan pertunjukan bunga api memandangkan ia tidak akan diadakan di acara sambutan Tahun Baru di Marina Bay.

Pertunjukkan bunga api serentak itu adalah sebahagian daripada acara hujung tahun yang dianjurkan Persatuan Rakyat (PA).

Antara estet lain yang akan mengadakan acara itu ialah Tampines, Bedok, Woodlands, Jurong dan Yew Tee dan disiarkan secara langsung di Facebook kawasan undi berkenaan.

Mengongsi pengalamannya pada tahun-tahun sudah, Cik Rokiah berkata beliau biasanya mula bersiap-siap untuk keluar pada 2.30 petang dan hanya akan pulang rumah pada 2 pagi pada tahun baru.

"Saya akan masak mi goreng, bawa snek dan air minuman secukupnya supaya tidak perlu membeli apa-apa dari kedai.

"Kami sekeluarga biasanya ke kawasan Marina Bay dan mencari tempat duduk dan berkelah sambil menunggu hingga 12 tengah malam.

"Tidak kisah kalau hujan. Saya bawa payung, baju hujan, baju spare, surat khabar (sebagai alas) dan apa sahaja yang perlu," singkap Cik Rokiah, yang telah melihat pertunjukan bunga api di sana sejak 2003.

Walaupun terdapat pertunjukan bunga api di Woodlands yang berdekatan dengan rumahnya, Cik Rokiah ingin merasai suasana berbeza dengan meraikan tahun baru di Bishan bersama rakan-rakannya malam ini.

Menurut kenyataan PA, penduduk boleh menjangkakan pelbagai program menarik yang telah diatur jawatankuasa penganjur kawasan undi bagi dinikmati seluruh keluarga secara dalam talian dengan selesaan di rumah masing-masing.

Di acara Sambutan Tahun Baru Alam Maya GRC Marsiling-Yew Tee, terdapat gabungan hos selebriti dan penyanyi setempat yang akan membuat persembahan secara langsung.

Para penduduk juga boleh mengambil bahagian dalam peraduan "My Favourite 2020 Family Moment" untuk mengongsi detik paling diingati sepanjang tahun ini.

Di acara Sambutan Tahun Baru@Nanyang pula, selain persembahan band secara langsung serta permainan interaktif, keluarga diundang secara dalam talian untuk mengongsi pengalaman mereka semasa Covid-19 dan harapan mereka bagi 2021.

Beberapa program alam maya akan berakhir dengan penstriman bunga api secara langsung, sekali gus memberi simbol harapan dan aspirasi sebagai satu masyarakat untuk mengimbas dan memandang ke hadapan sebagai satu masyarakat bersatu dan lebih kukuh pada 2021.

SINGKAP PERSIAPAN LALU UNTUK SAKSIKAN PERTUNJUKAN BUNGA API DI MARINA BAY

"Saya akan masak mi goreng, bawa snek dan air minuman secukupnya supaya tidak perlu membeli apa-apa dari kedai.

"Kami sekeluarga akan ke kawasan Marina Bay dan mencari tempat duduk dan berkelah sambil menunggu hingga 12 tengah malam.

"Tidak kisahlah kalau hujan. Saya bawa payung, baju hujan, baju spare, surat khabar (sebagai alas) dan apa sahaja yang perlu." - Cik Rokiah Supardi, 58 tahun, yang biasanya berada di kawasan Marina Bay bersama keluarga menonton pertunjukan bunga api sejak 2003. Beliau akan ke rumah temannya di Bishan untuk menyaksikannya malam ini.

LOKASI PERTUNJUKAN BUNGA API

1. Bedok 2. Bishan 3. Boon Lay 4. Geylang 5. Hougang 6. Jurong 7. Nanyang 8. Tampines 9. Tiong Bahru 10. Woodlands 11. Yew Tee

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg