Topik diikuti
Pergi ke BHkuLokasi Poliklinik Clementi yang dibangun semula diumum; poliklinik baru juga akan didirikan di Taman Jurong
Lokasi Poliklinik Clementi yang dibangun semula diumum; poliklinik baru juga akan didirikan di Taman Jurong
Jun 2, 2022 | 5:30 AM
Lokasi Poliklinik Clementi yang dibangun semula diumum; poliklinik baru juga akan didirikan di Taman Jurong
DIBANGUNKAN SEMULA: Poliklinik Clementi akan dibangunkan semula di tapak tanah lapang di Commonwealth Avenue West dan akan mempunyai ruang yang lebih luas serta kemudahan mesra warga emas. - Foto BH oleh GAVIN FOO -
LOKASI Poliklinik Clementi yang akan dibangunkan semula dan poliklinik baru di Taman Jurong diumumkan semalam oleh Kementerian Kesihatan (MOH).
Poliklinik Clementi akan berpindah ke tapak tanah lapang di Commonwealth Avenue West, sekitar 650 meter dari lokasi sekarang di Clementi Avenue 3. Ia dijangka siap menjelang 2027.
Poliklinik baru di Taman Jurong pula akan dibangunkan di tapak bekas Hospital West Point, yang berhenti beroperasi pada September 2018 lalu. Poliklinik baru itu akan siap menjelang 2028.
Ia merupakan antara 10 poliklinik baru yang akan dibina dalam tahun-tahun mendatang bagi menjadikan jumlah 32 poliklinik di Singapura menjelang 2030.
