SEBUAH lori terbakar berhampiran Pusat Pemeriksaan Tuas pada petang Jumaat (25 Mei 2018) menyebabkan kesesakan lalu lintas di kawasan itu lapor The Straits Times.

Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) berkata dalam catatan Facebook pada pukul 5 petang, terdapat kesesakan lalu lintas di lorong berlepas di Pusat Pemeriksaan Tuas akibat kejadian kebakaran yang melibatkan lori di Jalan Ahmad Ibrahim.

"Kebakaran itu telah dipadamkan oleh Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) kira-kira 3.50 petang," kata ICA. "Dua daripada tiga lorong untuk menaiki bas dan lori masih ditutup."