Topik diikuti
Pergi ke BHkuLow Thia Khiang mengaku tidak periksa kontrak
Low Thia Khiang mengaku tidak periksa kontrak
Low Thia Khiang mengaku tidak periksa kontrak
Mantan ketua Parti Pekerja Low Thia Khiang di luar mahkamah pada 16 Oktober 2018. FOTO: THE STRAITS TIMES -
Oct 17, 2018 | 2:48 PM
MANTAN ketua Parti Pekerja (WP) Low Thia Khiang gagal menyemak kontrak pada 2011 apabila ejen pengurusan CPG Facilities Management mahu menamatkan kontraknya dengan majlis bandar di bawah jagaannya.
Malah, Encik Low menggunakan peluang itu memenuhi rancangannya melantik syarikat baru yang dikendalikan penyokongnya, menurut Peguam Kanan Davinder Singh semalam.
Encik Singh berkata Encik Low meletakkan "kepentingan penyokong politiknya melebihi penduduknya" dan tidak memeriksa sama ada Majlis Bandaran Aljunied-Hougang (AHTC) berhak menerima sebarang ganti rugi apabila CPG menamatkan kontraknya.
