Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Low Yen Ling hidap demam denggi; musim denggi berada di paras tinggi

May 11, 2020 | 2:08 PM
Setiausaha Parlimen Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pendidikan), Cik Low Yen Ling
Setiausaha Parlimen Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pendidikan), Cik Low Yen Ling - - Foto FB/Low Yen Ling

SETIAUSAHA Parlimen Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pendidikan), Cik Low Yen Ling menghidap demam denggi, menjadikan beliau antara ratusan warga dan penduduk Singapura yang jatuh sakit sejak beberapa hari lalu ketika Singapura masuk musim di mana ia mencecah paras tinggi.

Cik Low, adalah Anggota Parlimen (AP) GRC Chua Chu Kang - kawasan perumahan yang menjadi antara kawasan berisiko tinggi untuk denggi di Singapura.

Dalam catatan Facebooknya hari ini (11 Mei), beliau berkata:

"Oleh kerana saya baru sahaja diserang demam denggi, harap anda dapat bersabar jika saya lambat menjawab e-mel anda. Doktor telah menasihati saya untuk meluangkan masa beberapa hari ini untuk berehat dan pulih.

"Kejadian ini menjadi peringatan bahawa kita semua terdedah kepada denggi dan ini adalah perang yang tidak dapat kita tangani sendiri. Kita saling memerlukan antara satu sama lain, lebih daripada sebelum ini - untuk memastikan keluarga dan rumah kita sentiasa selamat dari denggi."

Singapura telah menyaksikan peningkatan jangkitan denggi tahun ini, dengan sekitar 300 hingga 400 kes baru dilaporkan setiap minggu, dan lebih daripada 6,900 kes demam denggi sejak Januari - lebih dari dua kali ganda berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Jumlah kes tahun ini diunjurkan melebihi paras tertinggi tahun lalu iaitu 16,000.

Singapura kini berada dalam musim di mana ia mencapai paras tinggi, yang biasanya berlarutan dari Mei hingga September.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg