Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

​LTA kesan 111 kesalahan berkaitan alat mobiliti pada hari sebelum Hari Natal

Dec 26, 2021 | 5:49 PM
Operasi serata negara negara yang turut melibatkan polis, Lembaga Taman Negara (NPArks) dan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA), berlangsung dari 5.30 pagi pada Jumaat (24 Disember) sehingga 5.30 pagi pada Sabtu (25 Disember).
Operasi serata negara negara yang turut melibatkan polis, Lembaga Taman Negara (NPArks) dan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA), berlangsung dari 5.30 pagi pada Jumaat (24 Disember) sehingga 5.30 pagi pada Sabtu (25 Disember). - LTA/Facebook

Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) telah mengesan 111 kesalahan mobiliti aktif seperti menaiki alat bermotor di laluan jalan kaki dalam satu operasi bersama dengan berbilang agensi​, ​pada hari sebelum Hari Natal.

​O​perasi serata negara yang turut melibatkan polis, Lembaga Taman Negara (NPArks) dan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA), berlangsung dari 5.30 pagi pada Jumaat (24 Disember) sehingga 5.30 pagi pada Sabtu (25 Disember).

Ini berbanding dengan sekitar 4,900 kesalahan melibatkan alat mobiliti aktif yang dikesan pada 2019, sebelum alat mobiliti peribadi, seperti papan gelungsur elektrik dilarang digunakan di laluan jalan kaki pada April tahun lalu.

Skuter elektrik pula dilarang pada November 2019.

Menurut kenyataannya, LTA telah mengesan sebanyak 215 kesalahan berkaitan dengan kenderaan pada Rabu dan Jumaat. 10 alat dan enam kenderaan telah ditahan.

LTA juga mengingatkan orang ramai supaya mematuhi peraturan dan garis panduan serta tidak membiarkan sikap tidak bertanggungjawab menjejas musim perayaan untuk diri sendiri dan orang lain.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg