Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

LTA: Pemasangan OBU bagi sistem ERP generasi seterusnya ditangguh hingga 2023

Nov 18, 2021 | 5:30 AM
e5f9bd7f-6275-4d37-836b-77a12b06307e
-

PEMASANGAN unit dalam kenderaan (OBU) bagi sistem Bayaran Elektronik Jalan Raya (ERP) generasi seterusnya telah ditangguhkan kepada 2023 disebabkan kekurangan cip mikro global, kata Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).

Pemasangan OBU itu sebelum ini dirancang dilakukan pada hujung tahun ini.

LTA, dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam, berkata pandemik Covid-19 telah menyebabkan permintaan global bagi cip mikro bertambah.

Namun, pada masa yang sama, pembuatan cip mikro tersebut terjejas berikutan penggantungan operasi di kilang semikonduktor utama di beberapa negara.

"Ini telah menjejas teruk pengeluaran peranti elektronik merentas pelbagai sektor, daripada elektronik pengguna kepada mesin perindustrian dan automotif. Pengeluaran OBU juga turut terjejas," jelas LTA.

Laporan lanjut:

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg