Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

LTA tawar kontrak $356j bina terowong MRT Laluan Rentas Pulau

Mar 9, 2021 | 5:30 AM
KEMUDAHAN PERKHIDMATAN: Hampir separuh daripada stesen laluan CRL akan dijadikan stesen pertukaran dan dirangkaikan dengan laluan keretapi lain, termasuk stesen MRT Bright Hill di laluan Thomson-East Coast untuk memudahkan perjalanan penumpang. - Foto fail
KEMUDAHAN PERKHIDMATAN: Hampir separuh daripada stesen laluan CRL akan dijadikan stesen pertukaran dan dirangkaikan dengan laluan keretapi lain, termasuk stesen MRT Bright Hill di laluan Thomson-East Coast untuk memudahkan perjalanan penumpang. - Foto fail -

PROJEK untuk membina terowong 3.2 kilometer bagi laluan MRT Rentas Pulau (CRL) telah diberikan kepada syarikat Taisei Corporation dari Jepun dan China State Construction Engineering Corporation.

Kerja-kerja menggali terowong dijadual bermula pada suku kedua tahun ini oleh usaha sama atau joint-venture (JV) yang mendapat kontrak bernilai $356 juta itu.

Projek ini melibatkan pembinaan dan desain terowong bawah tanah antara stesen Aviation Park dengan Loyang bagi fasa pertama CRL, yang dijadual mula beroperasi pada 2030.

Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) berkata ini kali pertama jentera penggali terowong diameter besar digunakan untuk menggali terowong yang boleh memuatkan dua landasan.

LTA berkata Taisei Corporation dan China State Construction Engineering berpengalaman membina stesen kereta api dan terowong di sini.

Tai Sei Corporation kini terlibat dengan pembinaan stesen Marina Bay dan terowong laluan Thomson-East Coast.

Manakala China State Construction Engineering Limited Singapore Branch pula sedang menjalankan kerja binaan bagi stesen Keppel dan Cantonment untuk peringkat keenam laluan Circle Line (CCL), dan juga beberapa terowong untuk Laluan Timur Laut Extension (NEL).

Fasa pertama pembinaan CRL sepanjang 29 kilometer ini dijadual untuk memulakan perkhidmatan penumpang pada tahun 2030.

Laluan kereta api kelapan ini akan menghubungkan kawasan hab utama seperti Jurong Lake District, Punggol Digital District dan daerah Changi.

Selain itu, ia juga akan menyediakan khidmat kepada kawasan yang sedang dibangunkan di koridor barat, timur dan timur laut; merangkumi 12 stesen dari Aviation Park hingga ke Bright Hill di kawasan perumah Sin Ming.

Laluan ini juga akan melewati kawasan perumahan dan perindustrian seperti Loyang, Tampines, Pasir Ris, Defu, Hougang, Serangoon North dan Ang Mo Kio yang akan memenuhi keperluan pengangkutan bagi lebih 100,000 isi rumah.

Laluan terpanjang bawah tanah berukuran 50 kilometer ini dijangka menampung 600,000 penumpang apabila siap kelak, dan akan meningkat kepada 1 juta penumpang dalam jangka masa panjang.

Hampir separuh dari stesen laluan CRL akan dijadikan sebagai stesen pertukaran dengan laluan keretapi lain untuk memudahkan perjalanan di antara rangkaian kereta api di sini, dan akan dibina dalam tiga peringkat.

Pada 2019, LTA telah memberikan kontrak membina stesen MRT Teck Ghee - sebahagian CRL - kepada Shanghai Tunnel Engineering.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg