Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lucky Plaza bersiap dengan langkah sekatan

May 2, 2021 | 5:30 AM
- Foto BH oleh TIMOTHY DAVID
- Foto BH oleh TIMOTHY DAVID -

PUSAT beli-belah popular seperti Lucky Plaza (gambar kanan) dan Peninsula Plaza bersiap menerima kunjungan dengan sekatan kemasukan hari ganjil dan genap hari ini. Ia sebahagian langkah baru yang diperketat, yang diumumkan Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) kelmarin ekoran kes masyarakat yang meningkat.

Sementara itu, Majlis Ugama Islam semalam mengumumkan tiga masjid - Al-Falah di Orchard, Hajjah Fatimah di Beach Road, dan Abdul Hamid Kampung Pasiran di Novena - akan ditutup buat sementara hari ini.

Ini setelah ia dikunjungi seorang individu yang disahkan positif Covid 19 daripada kelompok Hospital Tan Tock Seng. Ketiga-tiga masjid itu akan dibuka semula pada Isnin pada waktu Zohor.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg