Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Lukisan pelajar madrasah serikan jejatas Geylang Serai jelang Ramadan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lukisan pelajar madrasah serikan jejatas Geylang Serai jelang Ramadan

Mar 02, 2024 | 05:43 PM



Usia mereka mungkin masih muda.

Namun itu tidak menghalang pasangan adik beradik, Rana Arifin, 12 tahun dan Amaani Arifin, 14 tahun untuk sama-sama terlibat menghiasi jejatas dekat pasar Haig Road, yang sering digunakan pejalan kaki.

Kededua pelajar Madrasah Al-Ma’arif Al-Islamiah itu jelas teruja apabila lukisan mereka terpilih untuk dijadikan hiasan di jejatas berdekatan di pasar Haig Road, hasil satu inisiatif Jalur Budaya Geylang Serai anjuran Wisma Geylang Serai (WGS).

Inisiatif itu menyaksikan WGS dan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) bekerjasama untuk melibatkan masyarakat umum, sejajar dengan matlamat inisatif utama LTA iaitu ‘Walk, Cycle and Ride with Kindness’.

Acara pelancarannya dirasmikan oleh tetamu terhormat, Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East dan Penasihat kepada Kelab Masyarakat Geylang, Encik Fahmi Aliman.

Semasa ditemui, Encik Fahmi berkata: “Kami banyak berkolaborasi dan berkongsi pendapat dengan LTA dan inisiatif Jalur Budaya Geylang Serai memberikan peluang ini.

“Dalam jangka masa terdekat, banyak perubahan akan dapat dilihat di sini, dan kami berharap lebih ramai yang akan datang untuk menikmati suasana, dan tingkatkan semangat masyarakat.


“Ia bukan hanya satu langkah kecil, tetapi ia satu pencapaian penting bagi masyarakat kita.”

Rana dan Amaani adalah antara sembilan pelajar dalam empat pasukan yang bekerjasama untuk mengukir idea dan merealisasikan satu lukisan dalam format digital.

Menurut Amaani, beliau dan adiknya memilih tema ‘makanan’ kerana selalu teringatkan amalan keluarganya.

“Amalan keluarga kami adalah untuk makan bersama, dan menekankan pemakanan sihat, jadi itu menjadi inspirasi buat kami sempena lukisan ini.”

Adiknya Rana mengaku mereka berdua tidak pernah menghadiri kelas formal untuk pengajian seni, dan sangat bangga lukisannya terpilih menghiasi tangga di jejatas itu.


Semasa ditemui Berita Minggu (BM), Timbalan Ketua Eksekutif Korporat dan Pembangunan LTA, Encik Gok Tech Seng berkata tugas LTA bukan sekadar untuk mengawal selia, tetapi juga untuk melibatkan masyarakat dengan menggunakan prasarana yang sedia ada.”


Menurut Encik Fahmi, beliau yang “melamar” Madrasah Al-Maarif untuk terlibat sama dan mereka telah menyahut cabaran itu dengan mengadakan pertandingan lukisan digital dalam madrasah.


Penolong pengetua madrasah itu, Cik Siti Rahimah Mirza Abdul Karim, 47 tahun berkata :

“Kami mengambil masa lebih kurang sebulan untuk pertandingan itu selepas musim peperiksaan tahun lepas dan ia terbuka kepada semua pelajar.


“Hasilnya amat memuaskan. Para pelajar kami yang terpilih merasa bangga, bahagia terutama sekali kerana madrasah kami terletak dalam kawasan yang sama. Ini meningkatkan semangat kekitaan dalam sanubari mereka kerana dapat melihat kerja keras mereka direalisasikan.”

Penolong Pengarah Pembangunan Presinct/Tugas Khas WGS Encik Hajah Mohaideen, berkata projek itu adalah salah satu inisiatif WGS bersama masyarakat yang telah dilakarkan sejak 2019.


“Ini adalah satu inisiatif kecil-kecilan, tetapi ia mempunyai impak besar dan satu langkah kemajuan dalam kolaborasi kerjasama dengan madrasah, yang kami akan giat teruskan. Lukisan yang terpilih telah dihantar ke vendor kami untuk dicetak dan dilekatkan di tangga jejatas ini.”


Inisiatif yang baru dilancar itu juga adalah antara banyak lagi sajian menyambut pengunjung menjelang Ramadan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >