SYARIKAT telekomunikasi M1 berkata gangguan perkhidmatan telah diperbaiki pagi tadi (13 Mei), lebih dari 24 jam selepas para pengguna melaporkan khidmat telekomunikasi mereka terjejas.
Walaupun begitu, beberapa pengguna berkata mereka masih menghadapi masalah.
Dalam satu catatan Facebook awal pagi tadi, M1 berkata mereka mula menjalankan penyelenggaraan pada sistem gentiannya sebelum memaklumkan bahawa kesemua khidmat jalur lebar gentiannya telah diperbaiki sepenuhnya.
Syarikat tersebut juga menasihatkan pengguna untuk menghidupkan semula terminal rangkaian optik dan 'router' untuk menghubungkan semula alat mereka sekiranya mereka masih tidak mampu dihubungkan dengan perkhidmatan jalur lebar gentian.
Menurut laman pemantauan Downdetector, jumlah laporan tentang pengguna yang mengalami masalah menyusuli gangguan perkhidmatan M1 itu mencecah sehingga 2,231 sekitar 9.12 pagi tadi.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg