Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

M1 minta maaf hubungan Internetnya terputus lagi

Dec 22, 2020 | 5:30 AM
0a11de2c-0731-43f9-8230-767c01aebb4f
-

SYARIKAT telko M1 telah memohon maaf kepada pelanggannya selepas hubungan Internet fiber jalur lebar yang disediakannya terputus semalam.

Gangguan itu, yang kedua dalam bulan ini, berlaku sekitar 10 pagi dan dialami oleh pelanggan di serata Singapura, termasuk di Woodlands, Pasir Ris, Tiong Bahru dan Hougang.

Dalam satu kenyataannya pada 12.17 tengah hari semalam, M1 berkata: "Kami sedar sebahagian pelanggan mungkin mengalami kesukaran berlarutan untuk menggunakan khidmat jalur lebar fiber lebih awal tadi."

Syarikat itu berkata isu yang dihadapinya telah dihuraikan dan pelanggan masih mengalami masalah menggunakan rangkaiannya boleh mematikan alat-alat mereka dan menghidupkannya semula.

Mereka juga tidak harus menanggalkan kabel dari alat rangkaian fiber dan alat penghubung wayarles.

Pada 4 Disember, bekalan Internet jalur lebar fiber bagi pengguna M1 terputus lebih empat jam.

Mengikut laman Downdetector, yang menyenaraikan insiden bekalan Internet terputus, semalam M1 mula mengalami masalah pada 10.08 pagi, dengan bilangan aduan mengenai gangguan Internetnya mencapai puncak lebih 12,000 aduan sekitar 11.30 pagi.

Semasa tempoh pemutus litar jangkitan Covid-19 awal tahun ini, M1 mengalami dua insiden bekalan Internet-nya terputus hampir 30 jam secara bersama.

Dua insiden itu berlangsnug dari 12 Mei hingga 13 Mei.

Insiden pertama didapati disebabkan pangkalan data rosak di pintu masuk rangkaian jalur lebar telko itu, sementara insiden kedua beraku akibat masalah sofwe dalam peralatan.

M1 dikenakan denda $400,000 oleh Penguasa Pembangunan Infokom Media (iMDA) pada September lalu bagi gangguan-gangguan itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg