Mabims sepakat teroka kerjasama bidang pendidikan, modal insan dan kepimpinan belia
Premium
Mabims sepakat teroka kerjasama bidang pendidikan, modal insan dan kepimpinan belia
Nov 17, 2018 | 5:30 AM

JALIN KERJASAMA: Encik Masagos (kiri sekali) bersama Menteri-Menteri Agama Brunei, Indonesia dan Malaysia. - Foto MCI -
MESYUARAT Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama Malaysia, Brunei, Indonesia, dan Singapura (Mabims) ke-18 sepakat untuk terus bekerjasama dalam pelbagai bidang termasuk membina koleksi ilmu pendidikan, modal insan dan kepimpinan belia.
Berkongsi rumusan mesyuarat itu dalam pos Facebooknya semalam, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata mesyuarat itu juga berbincang bagaimana memperteguh proses pengurusan keperluan agama seperti pensijilan halal.

