MADRASAH setempat telah meneruskan pembelajaran di rumah (HBL) semasa cuti sekolah bagi mempertingkatkan persiapan pelajar madrasah yang menduduki Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) tahun ini, kata Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) pada Khamis (28 Mei).
Langkah demikian diambil bagi memastikan golongan pelajar itu diberikan sokongan tambahan sebelum mengambil peperiksaan penting ini.
Dalam kenyataannya, Muis berkata:
"Meskipun terdapat perubahan besar kepada tahun akademik sekolah akibat Covid-19, ia tidak menyekat persiapan pelajar tahun akhir yang mengambil Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) di madrasah sepenuh masa kami. Madrasah dan Muis telah meningkatkan usaha untuk menyokong pelajar yang mengambil PSLE mereka tahun ini"
Ia menambah pelajar darjah 6 di Madrasah Irsyad Zuhri telah kembali ke sekolah semasa cuti sekolah Mei ini sebagai usaha lanjutan pakej HBL.
Sementara itu, pelajar darjah 6 daripada madrasah lain akan melaporkan diri di sekolah apabila langkah 'pemutus litar' dilonggarkan secara berperingkat.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg