Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Mahkamah Agung buat laporan polis ekoran maklum balas tentang individu yang menyamar sebagai pegawai mahkamah

Jun 25, 2018 | 2:17 PM
MENYAMAR SEBAGAI PEGAWAI MAHKAMAH: Jurucakap Mahkamah Agung berkata mereka sedang menyiasat kes individu yang menyamar sebagai pegawai mahkamah.
MENYAMAR SEBAGAI PEGAWAI MAHKAMAH: Jurucakap Mahkamah Agung berkata mereka sedang menyiasat kes individu yang menyamar sebagai pegawai mahkamah. - Foto FAIL THE STRAITS TIMES

MAHKAMAH Agung akan membuat laporan polis terhadap individu yang menyamar sebagai pegawai mahkamah menerusi telefon, menyusuli maklum balas daripada orang awam sejak Jumaat lalu (22 Jun).

Menurut akhbar The Straits Times, jurucakap Mahkamah Agung berkata mereka sedang menyiasat satu kes penipuan menerusi penyamaran selepas orang awam memaklumkan kepada mereka tentang panggilan telefon yang mencurigakan itu.

"Kami memandang serius kejadian seperti itu dan telah menjelaskan bahawa... panggilan yang mereka terima itu jelas satu penipuan dan harus tidak dipedulikan," katanya.

Seorang pengguna di laman web Reddit berkata beliau menerima panggilan daripada Mahkamah Tinggi Singapura dengan mesej suara yang dirakam dalam bahasa Inggeris dan Mandarin, yang meminta penerima panggilan itu menekan butang '9'.

Selepas itu, seorang individu yang mendakwa dirinya seorang pegawai mahkamah meminta butiran peribadinya termasuk nama dan nombor kad pengenalan.

Mahkamah Agung berkata pegawai mahkamah tidak akan membuat panggilan telefon sedemikian dan permintaan bagi individu menghadiri sesi di mahkamah hanya dilakukan menerusi surat atau e-mel.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg