Topik diikuti
Pergi ke BHkuMahkamah Antarabangsa maklum S'pura keputusan M'sia tidak teruskan prosiding berhubung Pedra Branca
Mahkamah Antarabangsa maklum S'pura keputusan M'sia tidak teruskan prosiding berhubung Pedra Branca
Mahkamah Antarabangsa maklum S'pura keputusan M'sia tidak teruskan prosiding berhubung Pedra Branca
MAHKAMAH Keadilan Antarabangsa (ICJ) memberitahu Singapura bahawa Malaysia tidak akan meneruskan prosiding bagi dua kes berkaitan Pulau Batu Puteh (Pedra Branca), menurut kenyataan Kementerian Luar (MFA) Singapura.
Dalam kenyataan MFA, ia berkata Malaysia memaklumkan kepada ICJ pada 28 Mei lalu bahawa ia tidak akan meneruskan prosiding yang dimulakan sebelum ini dan Singapura memaklumkan kepada ICJ keesokan hari bahawa ia bersetuju dengan permintaan Malaysia.
Kes itu sepatutnya dibawa ke ICJ, mahkamah tinggi di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selepas Malaysia memfailkan permohonan pada 2 Februari lalu agar semakan kehakiman dilakukan terhadap keputusan ICJ yang diputuskan pada 23 Mei 2008 berhubung kedaulatan ke atas Pedra Branca, Middle Rocks dan South Ledge.
Ini walaupun ICJ sebelum ini memutuskan Singapura memiliki kedaulatan ke atas Pedra Branca, sementara Middle Rocks adalah milik Malaysia, manakala South Ledge menjadi milik negara di perairan di mana pulau itu ditempatkan.
Pedra Branca, Middle Rocks dan South Ledge masing-masing dikenali sebagai Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan oleh Malaysia.
Mengulas mengenai perkembangan itu, Menteri Luar Singapura Dr Vivian Balakrishnan berkata: "Kami amat yakin dengan kes kami dan kewajaran keputusan ICJ yang asli. Apabila Malaysia memutuskan untuk tidak meneruskan kes ini, tanpa ia dibicarakan, kami gembira untuk bersetuju. Malaysia dan Singapura telah melalui proses guaman yang wajar dan akan menghentikan kes ini.''
Awal dari itu, dalam sidang akhbar mingguannya pada hari Rabu, Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad berkata Malaysia sedang 'menimbangkan' permohonannya untuk mencabar keputusan ICJ berkaitan Pedra Branca.
"Mereka (ICJ) telah memberikan Middle Rocks kepada kita dan di Middle Rocks, kita sudah pun membangunkan struktur.
"Ia merupakan niat kami untuk meluaskan Middle Rocks agar kita dapat membentuk sebuah pulau kecil untuk kita,'' ujar Dr Mahathir.
