Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Mahkamah Rayuan tolak permohonan TOC mahu ketepikan Arahan Pembetulan

Oct 9, 2021 | 5:30 AM
09244886-3c0d-418f-8f49-3b217b4cd5cb
-

MAHKAMAH Rayuan Singapura (CA) telah menolak permohonan The Online Citizen Pte Ltd (TOC) untuk mengetepikan Arahan Pembetulan (CD) yang dikeluarkan terhadapnya pada 22 Januari 2020.

Ketika itu, TOC menyiarkan satu kenyataan yang dikeluarkan sebuah kumpulan Malaysia yang menggelarkan diri mereka 'Lawyers for Liberty' (LFL).

Dalam satu kenyataan semalam Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) berkata LFL membuat tuduhan keji, palsu terhadap Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS).

Ini termasuk menuduh SPS menggunakan kaedah pelaksanaan hukuman mati kejam dan tidak sah.

Menurut MHA, CA mendapati TOC tidak berusaha membuktikan tuduhan serius itu. CA mengatakan tuduhan LFL "dibantah tanpa syarat" oleh bukti yang dikeluarkan oleh SPS.

Tuduhan LFL, seperti yang diterbitkan TOC "tidak berasas", tambah MHA.

"CA berpendapat tidak ada alasan untuk mengetepikan CD itu. Adalah jelas TOC mengeluarkan kenyataan yang faktanya palsu," ujar MHA.

Selain itu, MHA berkata mahkamah juga menolak semua hujah bahawa Akta Kepalsuan dan Manipulasi dalam Talian (Pofma) tidak berperlembagaan.

MHA berkata mahkamah berpendapat adalah "jelas tanpa diragukan" bahawa Parlimen menganggap Pofma "sesuatu yang diperlukan atau berguna" demi kepentingan keselamatan negara dan ketenteraman awam.

CA juga berkata Pofma mengandungi ujian perkadaran, seperti yang dikatakan Menteri dalam Parlimen, semasa perbahasan Pofma dan Undang-Undang Campur Tangan Asing (Langkah Tindakan Balas), atau FICA, baru-baru ini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg