Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Mahkamah S'pura arah lelaki diekstradisi ke AS bagi hadapi tuduhan seks

Nov 4, 2022 | 5:30 AM
BANJIR KILAT: Musim tengkujuh timur laut melanda Malaysia pada Selasa (8 Nov) lebih awal daripada yang dijangkakan tahun ini. - Foto TWITTER ALYAA_HALIQA
BANJIR KILAT: Musim tengkujuh timur laut melanda Malaysia pada Selasa (8 Nov) lebih awal daripada yang dijangkakan tahun ini. - Foto TWITTER ALYAA_HALIQA -

SEORANG hakim daerah di sini telah membuka jalan bagi seorang buronan (buruan polis) diekstradisi ke Amerika Syarikat untuk menghadapi tiga tuduhan kesalahan seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun.

Dinamakan Chester Yang Yang, Jr, @ "Chester Yang, Jr", "Pian He Yang" dan "Tian He Yang" dalam dokumen mahkamah, dia diarah ditahan dalam penjara sementara menunggu dihantar ke Amerika di bawah Akta Ekstradisi.

Kerakyatannya tidak didedahkan dalam alasan bagi keputusan mahkamah itu.

"Setelah mendengar bukti yang dikemukakan negara dan Yang, serta hujah mereka, saya mendapati Yang boleh diserah ke AS berhubung tiga tuduhan itu," kata Hakim Daerah Loh Hui-min.

"Maka, saya telah mengeluarkan waran untuk memasukkannya ke penjara bagi menunggu waran daripada menteri bagi penyerahannya," tambah beliau dalam alasan penghakiman yang dikeluarkan semalam.

Yang ditangkap di Singapura pada 31 Mei, lapor akhbar The Straits Times. Kesalahan yang didakwa itu berlaku di California pada 21 April 2017, apabila mangsa dibawa ke sebuah gereja oleh ibu mereka bagi satu latihan perkahwinan, kata hakim dalam meringkaskan bukti negara.

Yang, yang "menentang keras" percubaan ekstradisi itu, didakwa menyentuh alat kelamin kanak-kanak itu dan melakukan perbuatan lucah dan menjelikkan.

Dia mengaku berinteraksi dengan mangsa semasa di geraja itu, tetapi menafikan semua perbuatan yang didakwa itu. Yang berkata mangsa menghampirinya dan dia mengangkatnya menerusi ketiaknya, membuat pusat kanak-kanak itu terdedah. Dia kemudian meniup perut budak itu untuk membuatnya ketawa.

Hakim Loh mendapati negara telah menunjukkan ada kes prima facie (pada dasarnya) yang menyokong ekstradisi Yang.

"Tiada apa-apa dalam bukti Yang yang memberi mahkamah ini asas munasabah untuk mendapati bukti yang dikemukakan oleh negara sememangnya sukar dipercayai," katanya.

"Seperti yang saya tekankan kepada Yang sewaktu perbicaraan, dia kekal bebas untuk meneruskan pembelaannya di perbicaraan (di Amerika), yang akan menjadi forum sesuai bagi menguji kebolehpercayaan saksi dan menilai mutu bukti terhadapnya."

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg