Topik diikuti
Pergi ke BHkuMahu kongsi daging segar dengan penerima serata dunia
Mahu kongsi daging segar dengan penerima serata dunia
Mahu kongsi daging segar dengan penerima serata dunia
PENGASAS bersama Al Ustaz (Forum Belia Islam ), Ustaz Zahid Zin, mula melaksanakan ibadah korban pada 2018. Pada tahun ini, pihak Al Ustaz bersyukur kerana mendapat peluang mengadakan ibadah korban di Rohingya, Yaman, Syria, Somali, Palestin, Makkah, Indonesia, India, Kenya dan Kemboja bersama-sama dengan badan Singapura yang lain untuk membantu mengurangkan beban fizikal, mental dan emosi yang dihadapi penerima bantuan tersebut.
Daya usaha ini dimulakan dengan niat mahu berkongsi daging segar dengan penerima di seluruh dunia, suatu hadiah yang jarang dinikmati oleh mereka. Penerima bantuan daging korban ini terdiri daripada anak-anak yatim, warga emas yang memerlukan, keluarga fakir miskin dan keluarga ibu tunggal.
Berganding bahu bersama badan antarabangsa yang diiktiraf, Al Ustaz berharap dapat meningkatkan kecekapan serta memaksimumkan impak Al Ustaz dan maju ke hadapan lagi.
Setelah bertahun-tahun bekerjasama dengan rakan kongsi antarabangsa tersebut, Al Ustaz telah mewujudkan rangkaian luas dan membangunkan cara mengagihkan daging korban kepada penerima mengikut cara dan adat setempat.
Rakan kongsinya boleh dipercayai, mempunyai rangkaian pejabat setempat yang luas, berpengalaman menguruskan ibadah korban dan konsisten dalam mematuhi langkah kebertanggungjawaban yang digariskan oleh piawai industri.
Al Ustaz yakin bahawa rakan kongsinya sangat mahir, komited dan bersemangat dalam melaksanakan perkhidmatan.
Pada tahun ini, harga ternakan korban daripada pembekal Al Ustaz meningkat sedikit - sekitar 5 peratus hingga 10 peratus - kerana inflasi dan kos tambahan dalam menguruskan operasi skala besar dalam era endemik ini. Namun, Al Ustaz telah menyerap kos tambahan dan terus mengekalkan harga yang sama seperti tahun lalu. Niat utama Al Ustaz ialah memastikan ibadah korban ini masih dimampui dan dapat dilaksanakan oleh seluruh lapisan masyarakat di Singapura.
KORBAN BERSAMA AL USTAZ
KENAPA HARUS LAKSANA IBADAH KORBAN BERSAMA AL USTAZ?
- Hanya daging bermutu tinggi yang akan diagihkan.
- Harga yang sangat murah dan berpatutan.
- Berganding bahu bersama badan antarabangsa yang diiktiraf.
- Penyelesaian korban sedia ada untuk suasana dan iklim berbeza di pelbagai negara.
- Memberikan bantuan kepada masyarakat minoriti yang diabaikan.
CARA TEMPAH KORBAN
TEMPAHAN KORBAN BOLEH DIBUAT MELALUI 5 CARA:
1. Pengambilan Dari Rumah: Hubungi talian 8879-1656 untuk membuat janji temu. 2. PayNow ke UEN: T17LL2167J (SHEPHERDS SG LLP) dan hubungi Al Ustaz di talian 8879-1656 setelah membuat bayaran. 3. Pemindahan Bank ke dalam akaun semasa DBS 072-004421-5 dan hubungi Al-Ustaz di talian 8879-1656 setelah memindahkan wang. 4. Layari laman www.smartqurban.sg untuk maklumat lanjut. 5. Kunjungi pejabat Al-Ustaz di 10 Ubi Crescent, Ubi Techpark Lobby D, #06-59, Singapura 408564.
