Main pelbagai 'peranan' di rumah sekalipun baru berusia 15 tahun
Premium
Main pelbagai 'peranan' di rumah sekalipun baru berusia 15 tahun
Jan 24, 2019 | 5:30 AM
KEHIDUPAN LEBIH TERARAH: Jika dahulu mereka lebih banyak 'lepak' di kolong blok, kini Muhd Arash (kiri) dan Muhammad Hafizhan (kanan) mendapat bimbingan menjalani kehidupan yang lebih bermakna seperti aktif dalam sukan memanjat tembok. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA -
Dalam ucapan Rapat Hari Kebangsaan tahun lalu, Perdana Menteri Lee Hsien Loong menggalak rakyat Singapura lebih berkemampuan agar membantu golongan kurang bernasib baik, tidak mengira bangsa atau agama. Semangat menyumbang semula kepada masyarakat itu ternyata mekar dalam diri beberapa individu berikut. Wartawan SHAHIDA SARHID (sshahida@sph.com.sg) dan HARYANI ISMAIL (haryani@sph.com.sg) melaporkan.
SETIAP kali selepas pulang ke sekolah, Muhd Arash Shahul Hameed (gambar kanan) perlu membantu menjaga adik bongsunya yang baru berusia tiga tahun di rumah.

