Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Majalah mengenai budaya masyarakat Melayu dilancar

Aug 25, 2018 | 4:10 PM
MAJALAH BUDAYA MELAYU: Dr Muhammad Faishal (kanan) yang melancarkan majalah 'Sekata - Jurnal Bahasa dan Persuratan' yang mengandungi artikel mengenai kebudayaan masyarakat Melayu sumbangan pakar dan cendekiawan dalam pelbagai bersama editornya, Encik Suratman.
MAJALAH BUDAYA MELAYU: Dr Muhammad Faishal (kanan) yang melancarkan majalah 'Sekata - Jurnal Bahasa dan Persuratan' yang mengandungi artikel mengenai kebudayaan masyarakat Melayu sumbangan pakar dan cendekiawan dalam pelbagai bersama editornya, Encik Suratman. - Foto LIM SIN THAI

SATU majalah yang mengandungi artikel mengenai kebudayaan masyarakat Melayu yang disumbang oleh pakar dan cendekiawan dalam pelbagai bidang dilancarkan dalam satu majlis di Perpustakaan Toa Payoh hari ini (25 Ogos).

Diterbit oleh Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS), Sekata - Jurnal Bahasa dan Persuratan dilancarkan Setiausaha Parlimen Kanan (Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Pendidikan) Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim.

Majalah itu mengandungi sembilan artikel yang membincangkan topik, antaranya dalam bidang bahasa dan ilmu kedoktoran.

Sebagai contoh, artikel bertajuk 'Perbidanan Melayu: Sandaran Budaya dan Ilmu Kedoktoran' oleh pakar perbidanan dan sakit puan, Dr Jazlan Joosoph, menceritakan tentang amalan perbidanan dalam budaya Melayu seperti lenggang perut dan berbengkung, dan sama ada amalan tersebut mempunyai manfaat yang jelas.

Mengulas lanjut, ketua editor majalah itu, Encik Suratman Markasan, berkata kebudayaan biasanya dikaitkan dengan kesenian, namun terdapat enam perkara lain yang juga dikaitkan dengan kebudayaan iaitu kehidupan sosial, politik, ekonomi, pendidikan, falsafah dan agama.

"Kami minta mereka (penulis) untuk tampil menulis... jadi ilmu yang mereka ada itu dapat disebarkan," kata beliau.

Turut diadakan di majlis pelancaran itu ialah forum bertajuk "Pupuskah Tabiat Membaca dalam Masyarakat Kita?".

Panel forum itu terdiri daripada pendidik, Cikgu Djohan Abdul Rahman; pustakawan, Encik Herman Rothman; dan wartawan, Cik Nurul 'Ain Razali.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg