Topik diikuti
Pergi ke BHkuMajikan yang tamatkan kontrak pembantu dalam tempoh 6 bulan boleh dapat bayaran balik: MOM
Majikan yang tamatkan kontrak pembantu dalam tempoh 6 bulan boleh dapat bayaran balik: MOM
Majikan yang tamatkan kontrak pembantu dalam tempoh 6 bulan boleh dapat bayaran balik: MOM

BERMULA Jun 2022, majikan yang menamatkan kontrak pekerja rumah migran dalam tempoh enam bulan pertama mendapatkan khidmat mereka boleh dapat balik sekurang-kurangnya separuh yuran yang dikenakan agensi pekerja itu.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis (31 Mac), Kementerian Tenaga Manusia (MOM) berkata, bayaran balik itu boleh diterima sehingga tiga pembantu yang digajikan.
Sebagai gantian kepada bayaran balik, majikan juga boleh meminta pembantu itu diganti, jika pilihan tersebut disediakan oleh agensi.
Agensi tidak perlu memberikan bayaran balik jika mereka tidak menyediakan perkhidmatan yang memadankan pembantu dengan majikan, misalnya, apabila bakal majikan melibatkan agensi itu semata-mata untuk menjalankan kerja pentadbiran dalam pengambilan pembantu.
Selain itu, bayaran balik tidak akan diberikan jika majikan didapati telah melanggar undang-undang pekerjaan atau melakukan kesalahan terhadap pembantu.
Majikan juga tidak berhak mendapat bayaran balik jika pembantu yang diambil sebagai penjaga telah ditamatkan pekerjaannya kerana perkhidmatannya tidak lagi diperlukan selepas kematian orang di bawah jagaannya atau jika orang itu dipindahkan ke penjagaan alternatif. - The Straits Times
